Berfesyen Bukan Kerna Nama

Tuesday, 8 July 2014

Cara Berfesyen Lelaki Yang Kurus

| No comment


Memang tidak dinafikan, bagi lelaki yang memiliki susuk tubuh yang kurus dilihat lebih mudah mengayakan atau berfesyen kerana golongan ini senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya

Tetapi jika terlalu kurus, ia seperti mendatangkan masalah pula, jangan pula dihairankan jika golongan seperti ini dilihat lebih cerewet dalam memilih pakaian

Penulis dengan ini berbesar hati ingin berkongsi tips untuk jejaka diluar sana yang berbadan kurus untuk kelihatan kemas dan maskulin dengan fesyen gaya santai berdasarkan beberapa tinjauan perspektif di sekeliling


1. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat (fit)

Ini yang selalu penulis lihat, sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, memang si pemakai akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, anda akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” anda juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita

2. Pilih pakaian berwarna putih disamping grafik warna atau corak

Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat anda kelihatan sedikit berisi

3. Elakkan memakai pakaian mempunyai leher v atau bulat

Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher jinjang atau panjang, justeru itu elakkan memakai t-shirt berleher v atau bulat kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada anda kelihatan lebih bidang dan tegap

4. Seluar jeans

Mengenai seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya


5. Gayaan rambut

Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus

Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun buat fesyen rambut sedikit “spikey”
Tags : , ,

No comments:

Post a Comment