Gaya dan penampilan lazimnya sinonim dengan wanita, tapi tidak lagi kerana lelaki juga kini cuba menjaga penampilan agar kelihatan segak dan bergaya sepanjang hari.
Pemilihan pakaian yang sesuai juga memainkan peranan yang penting dalam penampilan
Pilih baju yang tidak terlalu besar
Baju yang fit dan sesuai dengan tubuh badan juga amat penting untuk menampakkan ciri-ciri lelaki yang mengikut gaya dan trend terkini. pemilihan warna perlulah sesuai dengan warna kulit, keadaan dan majlis yang akan di hadiri.
Mengubah style rambut
Rambut juga merupakan mahkota seorang lelaki. Mengenakan gaya rambut yang betul dan tepat adalah cara terbaik untuk nampak lebih bergaya. Jangan terikut-ikut gaya K-POP jika anda berketurunan melayu asli.taku nanti anda akan digelak oleh rakan2.
Pemilihan seluar yang sesuai
Biasanya, bagi seorang lelaki jeans dan kemeja adalah pemakaian paling mudah dan trendy kerana jeans boleh dikenakan dengan pelbagai jenis baju. Seluar kini bukan sahaja jeans, malah terdapat banyak seluar ala-ala jeans dan pelbagai jenama di lihat menjadi kegemaran kebanyakan lelaki. Ianya bergantung kepada keselesaan.
Aksesori lain:
Jam tangan
Cermin mata hitam
Tali pinggang
Ianya menjadi pelengkap kepada seseorang lelaki untuk nampak lebih bergaya dan berketrampilan.
No comments:
Post a Comment