Berfesyen Bukan Kerna Nama

Tuesday 22 July 2014

Cara Mencukur Misai dan Janggut

| No comment
Kumis dan janggut yang tebal kadangkala membuat lelaki merasa kurang selesa dan rimas. Namun ada juga yang menganggap kumis dan jambang yang tebal sebagai simbol kejantanan mereka. Lain orang lain citarasanya.
Akan tetapi perlu diketahui bahawa kebanyakan wanita tidak menyukai lelaki yang mempunyai banyak bulu di wajahnya. Mereka lebih gemarkan penampilan lelaki yang bersih dan segak.
Rutin mudah tapi menyusahkan. SUKA atau TIDAK, lelaki perlu sentiasa bercukur misai dan janggut untuk tampak kemas. Biarpun kadang-kala ‘letih’ melakukan rutin ini, namun amalan bercukur misai dan janggut perlu dilakukan demi kekemasan diri.
bercukur
Namun, sudah menjadi kelaziman, kadang kala rutin ini boleh menjadi ‘haru biru’ hingga kulit terluka dek tergesa-gesa menyapu pisau pencukur di dagu. Akibat dari luka yang teruk, ada lelaki terpaksa membiarkan janggut tumbuh berhari-hari kerana merasa serik atau bimbang terluka lagi.
Dalam hal ini, seseorang lelaki harus memahami teknik terbaik bagi memastikan proses bercukur lancar. Tidak semestinya menggunakan set cukur yang mahal untuk mendapatkan kesan cukuran terbaik. Sebaliknya, teknik bercukur dan kedudukan mata pisau menentukan hasil cukuran terbaik.
Dalam kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi tentang cara mencukur misai dan janggut yang betul agar mendapat hasil yang memuaskan.

Panduan mencukur misai dan janggut

1. Bersihkan wajah terlebih dahulu
Bagi lelaki yang ingin bercukur pada waktu pagi, biarkan kulit wajah rehat sekurang-kurangnya bagi 10 minit selepas bangun dari tidur, Kemudian, cuci wajah anda dengan pencuci wajah pilihan. Selain membantu menghilangkan sel kulit mati, proses membersihkan wajah bertindak membuka liang roma dan melembutkan kulit di sekitar misai dan janggut.
2. Lembabkan wajah dengan air sederhana panas
Sebelum anda melakukan prosen cukuran, Selesai membersih wajah, aturan baik yang boleh dipraktikkan ialah melekapkan tuala panas di bahagian yang hendak dicukur untuk merapikan pangkal dan akar anak rambut. Langkah ini juga membantu supaya pori-pori terbuka dan memudahkan pencukuran. Seterusnya, gunakan berus khas yang disapu krim pencukur sebelum diratakan di bahagian yang hendak dicukur dengan cara berputar.
3. Mulakan cukuran di bahagian rahang, leher dan pipi terlebih dahulu
Bahagian ini perlu dilakukan terlebih dahulu kerana ianya mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan kulit daripada terluka. Kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus kerana anda mungkin ingin mencukur mengikut pola dan gaya yang anda inginkan.Cukurlah janggut searah dengan tumbuhnya anak rambut. Lakukan dengan berhati-hati. Tarik pisau cukur dengan jalur searah agar terhindar dari melukakan kulit.
Jika anda pernah cincai dalam arah cukuran sebelum ini, anak rambut yang bakal tumbuh semula akan menjadi tidak sekata. Ada yang menghala ke utara, selatan, timur dan barat laut. Selepas itu memang dah tak boleh buat apa dah. Tak dapat den nak tolong ha.
4. Gunakan gunting untuk membuat pola
Gunakan gunting kecil yang dikhaskan untuk mencukur apabila mahu menbuat pola pada kumis atau janggut anda. Untuk hasil yang tipis, gunakan hair-clipper. Gunting terlebih dahulu bahagian tepi kumis dan janggut.
5. Bilas wajah apabila selesai bercukur
Lakukan secara perlahan-lahan sebelum membilas dengan air sejuk. Selesai bercukur dan membilas bersih, langkah seterusnya ialah menyapu penyegar dan pelembap yang dapat mengembalikan lembapan kulit kering kesan daripada cukuran. Manakala, set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air hangat.
Namun, mereka yang ingin melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji pada syara’. Ini tidak ada khilaf lagi.
Tags : , , , , , ,

No comments:

Post a Comment