Berfesyen Bukan Kerna Nama

Tuesday 8 July 2014

Fesyen Rambut Lelaki Terkini

| No comment

Fesyen Rambut Lelaki Terkini


Rupanya banyak gila fesyen rambut lelaki terkini yang sangat smart sekarang. Kebanyakan fesyen ini sering digayakan artis-artis tempatan.


Gaya Spiky


Gaya ini paling senang untuk digayakan. Letak gel sikit di rambut, buat pacak-pacak guna jari je. Siap! Aku selalu buat gaya ini zaman belajar. Sampai ke anak-anak buah aku terikut dengan gaya spiky(lah sangat) aku tu. Nak buat gaya ini, kena gunting layer baru lawa. Paling tak best bila buat gaya spyki, kalau pakai helmet. Habis rosak gaya spyki kau. Membazir masa pulak nak kena pergi toilet buat balik blergh!


Gaya Korea (K-pop)


Bila rambut aku terlalu panjang, aku lebih suka menggayakan ala-ala artis korea(k-pop). Letak hair cream, tarik rambut ke depan biar menutupi bahagian dahi. Guna jari pun boleh. Siap! Suka style nie sebab kalau pakai helmet rambut pun tak terjejas. Lelaki jambu macam aku nie sebenarnya tak sesuai sangat buat gaya rambut korea. Ramai member yang kabo aku macam tomboy lol.


Gaya Mohawk


Tak pernah lagi buat gaya mohawk dan tak rasa nak buat pun. Nak buat style mohawk mesti kena pakai gel yang banyak(kan?). Aku dah tak pakai gel rambut sekarang. Aku pakai cream hair Follow me je. Paling murah tapi wangi haha.


Gaya Zayn Malik


Nak sangat gunting rambut style gini tapi aku tak tahu nak cakap camne dekat tukang gunting tu. Nak cakap buat macam rambut Zayn Malik tapi aku takut dia tak kenal siapa Zayn Malik. Gaya rambut Zayn Malik sering digayakan oleh artis-artis Malaysia. Kemas!


Gaya Zizan Razak


Sekilas pandang, gaya rambut Zizan Razak memang diambil dari gaya Zayn Malik. Malah Zizan kelihatan lagi segak dan bergaya dengan gaya rambut ini. Kembanglah Zizan kalau baca blog aku nie(konon) haha.


Gaya Awal Ashaari


Awal Ashaari merupakan ikon fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen semasa tidak kiralah gaya rambut dan cara berpakaian. Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan buat gaya gini ye nanti tak pasal-pasal kena gunting di guru disiplin. Rugi bayar mahak-mahal haha.
Tags :

No comments:

Post a Comment