Berfesyen Bukan Kerna Nama

Tuesday 8 July 2014

9 Tips Bergaya Untuk Si Lelaki!

| No comment

Zaman sekarang ni dunia fesyen bukan semata-mata untuk wanita. Golongan lelaki pun sudah pandai berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Tetapi kalau gayanya tidak kena, takut pula kelihatan ‘overdressed’ atau pun pelik. Jadi untuk lelaki yang ingin atau mahu kelihatan segak, ada beberapa tips yang perlu anda ikuti.
1. Ringkas tetapi bergaya
Bila bercakap tentang fesyen dan gaya, tak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tips mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.

2. Pilih pakaian ikut badan
Masalah utama lelaki adalah suka memakai baju yang lebih besar dari badan. Selalunya di pusat membeli belah, terdapat bilik mencuba pakaian yang boleh anda gunakan untuk mencuba baju yang sesuai dengan badan anda.
3. Peka pada fesyen dan pakaian anda
Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa ( melainkan anda memang suka menjadi tumpuan ramai! ) . Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.
4. Jangan beli kerana jenama
Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi smart berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.
5. Jangan malu minta pendapat orang 
Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tips menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.
6. Elakkan membeli belah sendirian
Ajaklah paling kurang seorang rakan. Kadang-kadang penjual ni memang cakap saja baju itu cantik dan padan dengan anda, padahalnya tidak. Mereka akan memuji-muji anda untuk memastikan barangan mereka terjual.
7. Jangan terikat pada trend
Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali sekal mix and match pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!
8. Pastikan wajah bersih dan kemas
 DAVID BECKHAM MERUPAKAN IKON FESYEN TERKENAL DAN MENJADI SUMBER INSPIRASI LELAKI APABILA BERFESYEN. LIHAT SAJALAH GAYA RAMBUTNYA YANG SENTIASA MENJADI IKUTAN

Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodorant. Cukur segala bulu yang tidak perlu disimpan dan biarlah wajah anda terutamanya nampak terurus.
9. Pastikan sepadan
Sentiasa pastikan anda berfesyen kena pada gaya. Duduk depan cermin dan lihat apa yang sesuai dan apa yang tidak kena. Contohnya, elakkan pakai baju t berbelang-belang dengan seluar kotak-kotak. Tak ke pelik tu?

Tags : , , ,

No comments:

Post a Comment